Kadang kala orang lelaki beranggapan
terlalu mudah untuk mendapatkan hati seorang wanita, namun tidak semua.
Setiap manusia mempunyai hati dan naluri yang berbeza yang mempengaruhi
sikapnya. Di sebalik kelembutan seseorang wamita itu terselit juga
keegoaannya yang jarang mereka tonjolkan. Oleh itu kaum adam belajarlah
cara untu menambat hati wanita yang anda sayangi.
- Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari
orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih
sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan
bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta
sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada
orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa
memberi sebarang nilai-itulah perempuan.
- Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah
menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling
minima mengucapkan Hai untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.
Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu
yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
- Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka,
sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri
kamu dan diperlukan.
- Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi
mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting,
contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat surprise sekali sekala
kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu
betul-betul menyayanginya.
- Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin
melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta
bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak
sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu
menonjolkan ke macho an kamu!.
- Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam
kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu di sisi mereka.
- Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
- Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
- Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.
Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan
tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka
inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh cerita
orang lain kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran
kamu untuk memenangi hati mereka.
- Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah
kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat
amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang
suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati.
- Mereka akan meletup pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama
meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat
kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang
terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini
kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan
ketika mereka sudah sejuk . Mungkin kamu juga boleh cool kan diri kamu
dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu. Itu
kerana mereka SAYANGkan kamu!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar